top of page
  • Writer's pictureMYB

Koloborasi ST12 Dan Hazama Hasilkan 'Harapan Tak Kunjung Usai'

Pebagai usaha bagi memperkenalkan muzik tempatan ke negara jiran, Indonesia giat dijalankan menerusi pelbagai platform termasuk projek yang melibatkan koloborasi bersama pemuzik tempatan dengan pemuzik negara seberang itu.



Usaha terkini telah dijalankan oleh PT. Dua Suara Media yang merupakan anak syarikat Dua Media Pte Ltd, berpangkalan di Singapura yang memberi fokus pada bakat dan kandungan kreatif di seluruh ASEAN telah bekerjasama dengan label muzik terkenal dari Malaysia, Luncai Emas dalam menghasilkan single terbaru "Harapan Tak Kunjung Usai" yang melibatkan penyanyi negara, Hazama bersama Band Melayu terkenal Indonesia, ST12


Lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita dan seorang lelaki yang sudah lama berkenalan tetapi wanita itu selalu membandingkan teman lelakinya dengan bekas teman lelakinya. Single ini dicipta oleh Pepep dari ST12 dan akan dibawakan tanpa meninggalkan ciri-ciri ST12.


Sandy Monteiro selaku President Director Dua Suara Media, pun berharap "semoga dengan kolaborasi ST12 dan Hazama ini dapat di terima oleh pencinta muzik dari Indonesia mahupun Malaysia".


Dato' M. Nasir, selaku pengasas Luncai Emas Sdn Bhd, yang juga merupakan komposer terkenal Malaysia, yang menciptakan lagu Tiara, Isabella dan Nafas Cinta, juga berkata "gabungan dua artis popular ini, bakal memberi manifestasi kolaborasi lebih jelas kepada dua negara serumpun ini. ST12 yang kuat akar muzik melayunya bersama lunaknya suara Hazama menyanyikan lagu Harapan Tak Kunjung Usai ini dijjangka bakal hit di kedua-dua negara. Insyallah".


ST12 dan Hazama berharap kerjasama ini dapat memperkukuhkan lagi jalinan industri muzik Indonesia dan Malaysia sekaligus membuka peluang pemuzik Malaysia untuk dikenali lebih dekat peminat muzik Indonesia.

Hazama dalam pada itu turut melahirkan rasa teruja dan gembira kerana dapat bekerjasama dengan ahli ST12 yang beliau telah lama kenali. Proses penghasilan lagu ini berjalan lancar kerana persamaan budaya dan bahasa.


Hazama juga turut berharap kerjasama ini dapat memberi warna baharu kepada dunia muzik pop Melayu dan sesuai di telinga masyarakat Indonesia lantas menjadi lagu kegemaran.


'Harapan Tak Kunjung Usai' kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik manakala video muziknya boleh ditonton di platfrom Youtube ST12 Band Official

Комментарии


bottom of page