'LAFAZ' Jadi Pertaruhan Baru Syafeek Ikhwan
top of page
  • Writer's pictureMYB

'LAFAZ' Jadi Pertaruhan Baru Syafeek Ikhwan

Syafeek Ikhwan, juara pertandingan nyanyian i-Sing Dunia 2018 di Perancis dan juga juara program realiti Lagu Cinta Kita 3 terbitan TV3 bersama Zazo Maulana. Penyanyi berbakat besar ini terus mencuri perhatian para penggemar muzik tanah air dengan karya baharu beliau.


Syafeek Ikhwan pertaruhkankan single terbarunya Lafaz

Terbaru, Syafeek Ikhwan kembali dengan single kedua beliau berjudul LAFAZ, sebuah naskah balada yang pasti akan menyentuh jiwa para pendengar dengan lirik lagu yang mempunyai maksud mendalam telah dilancarkan pada 30 Disember 2022 lalu di semua pelantar digital kegemaran dan lirik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents


Menurut Syafeek, “Saya merasakan bait-bait liriknya sangat unik kerana ia mengisahkan sepasang kekasih yang menyesal kerana tidak menghargai apa yang ada di depan mata. Mereka ingin menebus kesalahan, memulihkan hubungan yang keruh dan mengharapkan peluang kedua. Namun semuanya sia-sia kerana ia hanyalah fantasi semata-mata dan bukan realiti.


"Justeru, lagu LAFAZ membawa mesej kepada para pendengar terutamanya mereka yang mempunyai pasangan hidup agar sentiasa menghargai orang di sekeliling kerana belum tentunya ia akan kekal di sisi.


"Syafeek berharap agar semua pendengar dapat menghayati bait-bait lirik yang mempunyai mesej positif untuk kongsi bersama. Syafeek juga berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi semangat untuk saya terus berkarya," jelas Syafeek.


Lafaz juga merupakan runut bunyi kepada drama Bukan Lelaki Terhebat yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 26 Januari 2023. Drama bersiri 15 episod ini diinspirasikan dari novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad merupakan terbitan Orangetree Production, diarahkan oleh Eoon Shuhaini menampilkan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. Lafaz sesuai dengan jalan penceritaan drama bersiri ini kerana ia mengisahkan cinta 3 segi dan membawa mesej untuk menghargai hubungan yang sedia ada.



Lagu Lafaz ini boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran dan lirik video di tonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents bermula 30 Disember 2022.


bottom of page