top of page

"Memilih Kamu" : Gabungan Suara Emas Adira Suhaimi & Black Hanifah Dalam Duet Penuh Emosi

  • Writer: MYB
    MYB
  • 18 jam lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR — Dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Black Hanifah dan Adira Suhaimi, kembali mencuri perhatian dengan pelancaran single duet terbaru mereka berjudul “Memilih Kamu”. Lagu balada yang sarat dengan emosi ini merupakan hasil ciptaan komposer terkenal, Mas Dewangga dan Jova Devito, yang sering dikaitkan dengan karya-karya hebat di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).


"Memilih Kamu" : Gabungan Suara Emas Adira Suhaimi & Black Hanifah Dalam Duet Penuh Emosi

“Memilih Kamu” mengangkat kisah cinta yang terpendam dalam persahabatan antara seorang lelaki dan wanita. Menurut Black, lagu ini menggambarkan seorang lelaki yang menyimpan perasaan terhadap sahabat wanitanya, namun memilih untuk tidak meluahkan rasa itu kerana wanita tersebut sudah mempunyai pasangan.


"Dia hanya mampu menyokong dari jauh, sehinggalah akhirnya mereka disatukan apabila hubungan wanita itu dengan pasangannya mula retak," ujar Black

Bagi Adira pula, lagu ini membawa makna cinta yang tidak kesampaian tetapi tetap tulus.


“Walaupun tidak bersama, individu itu tetap mahu menyampaikan bahawa dia akan sentiasa ada dan menyayangi dari jauh,” jelas Adira.

"Memilih Kamu" : Gabungan Suara Emas Adira Suhaimi & Black Hanifah Dalam Duet Penuh Emosi

Proses rakaman lagu ini dilakukan secara berasingan, namun kedua-dua penyanyi berjaya menyampaikan emosi yang mendalam. Adira menyifatkan lagu ini sebagai berbeza daripada karya-karyanya sebelum ini, manakala Black pula kagum dengan profesionalisme pasukan produksi yang berjaya menyiapkan rakaman dalam masa kurang satu jam.


Menambah keistimewaan lagu ini, video muzik rasmi “Memilih Kamu” dirakam di Bukit Fraser, dengan suasana alam semula jadi yang indah dan nyaman. Black berkongsi pengalaman unik penggambaran yang bermula seawal jam 4.30 pagi, menjadikan lokasi tersebut sebagai kenangan berharga dalam kerjaya seninya.


Menurut Mas Dewangga, lagu ini dicipta khas untuk Black dan Adira sebagai lagu tema (OST) untuk sebuah drama. Format duet dipilih kerana ia paling sesuai untuk menyampaikan emosi dua watak utama dalam cerita tersebut.



“Memilih Kamu” diterbitkan oleh Nova Music Malaysia dan boleh mula distrim di semua platform muzik digital bermula Jumaat, 22 Ogos 2025. Video muzik rasmi pula telah ditayangkan pada hari yang sama jam 3 petang di saluran YouTube Nova Music Videos.


コメント


bottom of page