top of page

Muna Shahirah Tampil Segar Dengan Single Dangdut Pertama 'Datanglah Sayang'

Writer's picture: MYBMYB

Updated: 21 Jan

Kuala Lumpur - Penyanyi berbakat Muna Shahirah Munadi, 31, kini tampil dengan single terbarunya yang bertajuk 'Datanglah Sayang', yang juga merupakan percubaan pertama beliau menyanyi dalam genre dangdut. Single yang dilancarkan pada Disember lalu ini merupakan hasil karya komposer terkenal Mas Dewangga dan Jova Devito, dengan lirik yang turut disumbangkan oleh Sabbala.


Muna Shahirah Tampil Segar Dengan Single Dangdut Pertama 'Datanglah Sayang'

Muna berkongsi bahawa beliau sentiasa bersedia untuk mencuba genre baharu dalam perjalanan kariernya. "Sebagai seorang penyanyi, kita perlu versatil dan berani mencuba sesuatu yang berbeza. Ini penting untuk bertahan lama dalam industri," ujar penyanyi yang kini bergelar isteri kepada Sean Tee YeuTerng Abdullah, 27.


Menariknya, kehidupan Muna kini lebih bermakna selepas berkahwin dengan pasangan berbangsa Cina Muslim pada Mei 2023. Walaupun sudah bergelar suri rumah tangga, kerjaya nyanyian Muna terus mendapat sokongan padu daripada suami tercinta. Malah, FMC Music masih memberi kepercayaan kepada Muna untuk terus berkarya dalam industri muzik.


Muna Shahirah Tampil Segar Dengan Single Dangdut Pertama 'Datanglah Sayang'

Ketika ditanya mengenai perubahan fizikal yang ketara, Muna menjelaskan dengan jenaka bahawa berat badannya yang meningkat bukanlah disebabkan oleh kandungan, tetapi kerana lebih banyak masa diluangkan di rumah untuk mendalami ilmu agama.



"Sekarang ini Muna perlu lebih memahami tentang agama, terutamanya Fardhu Ain, kerana Sean sering bertanya pada Muna tentang hal-hal keagamaan," jelasnya.


Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, Muna tetap bersyukur dengan rezeki yang diterima melalui single terbarunya. Penyanyi berbakat ini turut berkongsi berita baik bahawa beliau akan kembali dengan lagu bergenre leman (kampung) tidak lama lagi.




0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

댓글


bottom of page