top of page

Pasya Bawa Mesej ‘Kekuatan Melepaskan’ Dalam ‘Aku Bukan Cinta’

  • Writer: MYB
    MYB
  • 10 Nov
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Naib juara Mentor 7, Pasya, kembali mewarnai industri muzik tanahair dengan single terbaharu berjudul “Aku Bukan Cinta”. Lagu balada emosional terbitan Seventeen Eleven Music ini dilihat sebagai peneman buat hati yang kecewa, namun ia membawa mesej yang lebih mendalam berbanding sekadar kisah putus cinta.


Pasya Bawa Mesej ‘Kekuatan Melepaskan’ Dalam ‘Aku Bukan Cinta’
“Aku Bukan Cinta” bukan sekadar mengisahkan perpisahan, tetapi membawa mesej keberanian untuk melepaskan sesuatu yang tidak lagi memberi kebahagiaan.

Menurut Pasya, atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi , “Aku Bukan Cinta” adalah simbol kekuatan untuk melepaskan sesuatu yang tidak lagi memberi kebahagiaan.


“Sejujurnya, pertama kali saya mendengar demo lagu ini, saya terus jatuh hati kerana melodinya sangat kuat dan liriknya begitu dekat dengan realiti kehidupan. Ia bukan sekadar sebuah lagu putus cinta, tetapi juga kisah mengenai kekuatan untuk melepaskan,” jelas Pasya.
Pasya Bawa Mesej ‘Kekuatan Melepaskan’ Dalam ‘Aku Bukan Cinta’
Dengan susunan muzik moden dan segar, serta lirik puitis yang mudah difahami, “Aku Bukan Cinta” diyakini mampu menjadi peneman buat hati yang pernah terluka.

Beliau menambah, mesej utama lagu ini adalah tentang keberanian menerima hakikat dan keikhlasan mendoakan kebahagiaan orang yang pernah dicintai, walaupun ia perit.


Naskhah menyentuh jiwa ini mendapat sentuhan magis daripada gandingan komposer yang baru menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-39, iaitu Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, dengan liriknya ditulis sepenuhnya oleh Ikhwan Fatanna. Pasya menyifatkan kerjasama ini sebagai satu pengalaman berharga, memuji sentuhan lirik Ikhwan yang puitis serta susunan muzik Wan Saleh yang moden dan segar.



Mengakui cabaran utama semasa rakaman adalah untuk menyampaikan vokal dengan jujur agar maksud lirik sampai kepada pendengar , Pasya berharap single ini diterima baik dan menjadi penanda fasa baharu yang lebih matang dan dewasa dalam kerjaya seninya.


“Kalau lagu ini dapat menjadi penguat semangat kepada mereka yang pernah terluka dalam percintaan, itu sudah cukup bermakna bagi saya,” katanya.

“Aku Bukan Cinta” kini boleh distrim di semua platform digital dan telah pun mula dimainkan di stesen radio utama termasuk Era fm. Video muzik rasmi juga boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.



Komen


bottom of page