top of page
Writer's pictureMYB

Simbolik Kekuatan Diri Dafi Dalam Hellooo!

Dafi Ismail Sabri, kembali menyerikan industri muzik dengan pelancaran single terbarunya yang bertajuk ‘Hellooo!’. Lagu ini menandakan kemunculan semula Dafi selepas beberapa tahun menyepi dari dunia hiburan nyanyian.


Hellooo!
Dafi menyifatkan Hellooo! menjadi simbolik kepada kekuatan dirinya yang tidak pernah berputus asa dalam hidup.

Memilih frasa sapaan sebagai mukadimah untuk menyapa satu sama lain, Dafi melihat Ogos sebagai bulan yang amat sesuai untuknya keluar dari 'pertapaan' serta kembali menghiburkan peminat-peminat yang telah lama menunggu buah tangan terbaru darinya.


Dafi berkongsi bahawa ‘Hellooo!’ adalah sebuah lagu yang penuh dengan semangat dan energi positif. Lagu ini juga menampilkan melodi yang catchy dan lirik yang mudah diingati, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur.


Dafi, yang mula dikenali melalui program realiti Akademi Fantasia, telah berjaya membina nama dalam industri muzik dengan beberapa hits sebelum ini. Namun, ‘Hellooo!’ dijangka akan menjadi satu lagi pencapaian besar dalam kariernya.


Dalam meneruskan langkah untuk berjuang, Dafi menyifatkan 'Hellooo!' menjadi simbolik kepada kekuatan dirinya yang tidak pernah berputus asa dalam hidup.


“Sebagai anak seni, keadaan sebegitu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya dalam meneruskan kerjaya yang saya cintai ini.


"Hellooo! merupakan suara hati saya. Selepas lebih sedekad bergiat aktif dalam bidang ini, saya lebih matang dan berpendirian.


“Mungkin kehadiran saya sebagai penyanyi tidak mendapat pengiktirafan sebanyak yang diinginkan namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang seni.


"Ini kerana saya mempunyai minat mendalam dalam bidang seni dan saya tidak akan mudah berputus asa begitu saja,” katanya.


Hellooo!
Dafi berharap dapat terus menarik minat peminat dari kalangan generasi muda dan mengharumkan nama dalam industri muzik.

Jejaka berusia 36 tahun ini turut menjelaskan hala tuju muziknya kini sudah berubah apabila mempamerkan sisi kematangan terutama dalam menyebarkan aura positif. Single ini begitu istimewa kerana dihasilkan oleh dua figura yang juga merupakan idola Dafi dalam industri muzik. Hellooo! merupakan garapan komposer Shazee Ishak dan sementara lirik pula, Altimet.


“Semakin dewasa dalam bermuzik, saya ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga aura positif.


“Saya dikenali menerusi lagu Bila Terasa Rindu, namun saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia, sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.


“Single ini begitu istimewa kerana dihasilkan dua figura yang juga merupakan idola saya dalam industri. Karya yang mereka hasilkan sering mencetuskan magis, jadi pertama kali mendengar Hellooo!, saya sudah jatuh cinta,” katanya.



Dafi, yang kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label, berharap dapat terus menarik minat peminat dari kalangan generasi muda dan mengharumkan nama dalam industri muzik.


Hellooo! boleh didengari menerusi pelbagai platform penstriman seperti Apple Music, Spotify, Joox, Youtube Music, Tik Tok, Amazon Music, Tidal, dan Deezer bermula 16 Ogos lalu.



0 komen

Comments


bottom of page